Nowadays?

Sharing stories, works, ideas, & news

New in this Blog:

[INFO] Hadis: Ciri-ciri Orang Munafik

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu:
    1. Apabila BERCAKAP dia BERBOHONG
    2. Apabila membuat PERSETUJUAN dia MENGKHIANATI,
    3. Apabila BERJANJI dia MENYALAHI dan 
    4. Apabila berlaku PERTIKAIAN dia MELAMPAUI BATAS.
    'Dan moga dengan ingatan ini dapat kita mengingati diri kita untuk sentiasa berhati-hati dengan tingkah laku kita & memperbaiki kesilapan yang mungkin berlaku dalam kehidupan kita sehari-harian..InsyaAllah...'

      [My Story] Memiliki rumah pertama kian sukar

      Bulan ni memang banyak pameran hartanah, baik di hometown aku seremban mahupun di tempat kerja aku Mid Valley. Memang telah dalam perancangan tahun ini ingin membeli 'property' yang pertama.

      Melihatkan ragam pasaran property di Malaysia aku rasakan harga kian melonjak ke satu takat yang pernah difikirkan. Jika dulu perancakan harga boleh dilihat di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tapi kini di Seremban pun telah mula berlaku.



      Aku, En.Hapiz & En.Am seakan-akan terperanjat apabila rumah yang dulunya boleh dianggarkan 200k++ telah menjadi 400k++, rumah yang 300k++ telah pun menjadi 600k++. Aduii... apelah nasib aku dan rakan-rakan ni hehe...

      Memang aku dan En.Am ke pameran property MidValley untuk melihat sendiri harga rumah yang dahulunya difikirkan setaraf dengan pekerjaan kami, kini memang benar-benar di bawah 'par' kelayakan kami. hehehe kita beli rumah lelong je la ye En.Am

      (Gambar di atas melihatkan rumah moden Taman Bandar Senawang fasa 2 di Seremban)

      Click my Nuffnang!

      English Premier League Injury Table

      Related Posts with Thumbnails

      Followers

      Click dude..!

      Chat with me!

      ShoutMix chat widget

      My Blog List

      Others

      Hits Since April 8, 2009! Free Hit Counter by Pliner.Net