Nowadays?

Sharing stories, works, ideas, & news

New in this Blog:

[INFO] Cium anak mendapat pahala~


Suatu hari terbaca email menceritakan ganjaran pahala kepada mereka yang mencium anaknya:-

"Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya."

"Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

"Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya."

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

"Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail."

"Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Maka sama-samalah kita kongsi perkhabaran yang yang baik ini untuk ingatan bersama,

Wallahualam...

[My Story] Genap setahun sudah...

18 Julai 2010 tarikh merupakan keramat buat sejarah hidup aku, rakan seperjuangan di JKR dan UiTM meninggalkan kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.

Sememangnya kita masih rasa bersyukur kerana masih diizinkan Allah menghirup udara segar dan terus beribadah di atas bumi ini. Memang setahun yang lalu pada waktu ini aku & isteri bersedih di atas pemergian Arwah Mohd Khairi Nizam akibat lemas.

Walabagaimana pun, semoga isteri arwah cekal & tabah untuk meneruskan hidup yang satu hari nanti pasti ada penghujungnya. Al-fatihah...untuk disedekahkan kepada arwah..aminn..

[My Story] Sekitar Majlis Aqiqah si Puteri...



Tanggal 3 Julai 2011 bersamaan 1 Syaaban 1432 hijrah, Raisha Batrisyia telah berlangsung majlis aqiqah puteri kesayangan keluarga. Ramai orang yang datang.. syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi akhirnya majlis ini selamat berjalan dengan jayanya.

Terima kasih tidak terhingga kepada sanak saudara, rakan-rakan yang hadir bagi memberkati dan menyerikan lagi majlis anak dan cucu sulong keluarga kami.



Selain itu, tahniah juga kepada En.Tiger (a.k.a Suhafendi) selamat bersanding pada hari yang sama. Semoga majlis beliau meriah juga hendaknya. ~~Cheers!!



[My Story] AQIQAH Puteri kecil

Memang niat awalnya, mahu aqiqahkan anak pertama pada hari ke-7 & langsung diberikan namanya pada hari tersebut. Tapi kerana banyak halangan & masalah yang tidak dapat diduga tarikh itu kemudiannya dianjak ke tarikh yang lebih sesuai iaitu pada 3 Julai 2011...InsyaAllah..


Nama diberi 'RAISHA BATRISYIA' timbul pada hari ke-7 selepas 6 hari kelahiran sibuk ahli famili memberikan pendapat yang masing-masing perlu diambil perhatian.


HUKUM aqiqah ini ialah 'Sunnat Muakkad' yang sama dengan ibadah qurban.

DAGING AQIQAH- Ianya disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis serta adalah sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang.

SYARAT SAH aqiqah ialah berniat aqiqah ketika menyembelih & binatang yang bakal disembelih berkaki empat (kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta).

[INFO] Cara-cara memiliki rumah idaman

Gambar di Taman Bandar Senawang
Memiliki rumah idaman bukanlah perkara mudah. Banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum dan semasa membeli rumah:
1.    Pemilihan Lokasi Rumah.
a)    Faktor logisitik; jarak dengan tempat kerja, kedai, sekolah dll fasiliti yang dapat mengurangkan kos pengangkutan.
b)    Lokasi perlulah strategik - potensi tempat untuk membangun supaya harga rumah dan kadar sewa meningkat pada masa depan.
c)    Fakto sosial; seperti majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendaraan dsb.
2.    Pemilihan Jenis Rumah.
a)    Jenis rumah seperti banglo, teres, berkembar, apartmen, kondominium, ‘studio apartment’, ‘service apartment’, ‘townhouse’,atau SOHO mengikut yang mana sesuai dengan pendapatan.
b)    Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya lot rumah dan 'built-up area'.
c)    Jenis hak milik, pajakan atau kekal.
3.    Pemilihan Pemaju.
a)    Pilihlah pemaju yang mempunyai history & trek rekod yang baik agar tidak tertipu dikemudian hari.
b)    Syarikat pemaju yang telah establish selalunya berurusan dengan pembeli secara professional & tidak banyak kerenah, lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai ISO 9000 adalah lagi baik.
4.    Pemilihan Peguam.
a)    Lawyer Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P).
b)    Lawyer Bank untuk urusan perjanjian pinjaman.
5.    Pemilihan Bank.
a)    Pinjaman dari mana-mana bank yang menawarkan housing loan samada panel yang dilantik oleh pemaju atau dicari sendiri.
b)    Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik dsb. Samada cara Islamik atau konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan 1/3 dari pendapatan bulanan kita.
c)    MRTA – Insuran untuk cover loan (wajib) – boleh bayar cash atau masuk dalam loan.
d)    Insuran kebakaran, kena bayar tahunan (yearly).
6.    Pengeluaran KWSP.
a)    Pengeluaran KWSP boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah-syarat yang tertentu.
b)    Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2
c)    Dokumen yang disyaratkan untuk pengeluaran seperti i)  Borang Permohonan KWSP 9C (AHL), ii)  Kad Pengenalan Malaysia (MyKad), iii)  Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan, iv) Surat Perjanjian Jual Beli, v) Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan & Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/ Borang Gadaian 16A/ Surat Ikatan Serahhak (’Deed of Assigment’) (sekiranya pinjaman melebihi setahun), vi)  Bukti pertalian iaitu Sijil Perkahwinan/ Sijil Lahir(ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak).
7.    Lain-lain hal.
a)    Jaga-jaga dengan ‘late payment interest’. terjadi kerana kesilapan pemaju sendiri, pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Terkandung dalam S&P ” Without prejudice to the Vendor’s right under clause...etc ” .
b)    Sebarang surat-menyurat daripada pemaju, bank atau lawyer perlu disimpan dengan baik untuk rujukan atau sebarang permasalahan dikemudian hari.
c)    Tempoh S&P biasanya 2-3 tahun. Pihak pemaju akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum dapat CF/ CCC) untuk mengelakkan dari melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh tapi rumah tak leh duduk.
d)    Selepas dapat kunci, periksa rumah betul-betul, sebarang kerosakan perlu diajukan kepada pemaju sebab masih dalam waranti.

Sumber asal: http://epanduan.wordpress.com/2009/11/25/cara-membeli-rumah/

Click my Nuffnang!

English Premier League Injury Table

Related Posts with Thumbnails

Contributors

Followers

Click dude..!

Chat with me!

ShoutMix chat widget

My Blog List

Others

Hits Since April 8, 2009! Free Hit Counter by Pliner.Net