PES 2014 File Loader 1.0.1.3 - Pro Evolution Soccer 2014 Video Game at ModdingWay.com
New in this Blog:
[My Story] Which theme suit you most
[My Story] 2 tahun sudah...
Diam tak diam kini sudah 2 tahun kisah sedih berlalu. Harapkan tarikh 18 Julai 2010 masih diingati kepada semua yang bersama-sama mengikuti percutian trajedi yang berlaku pada tarikh keramat itu.
Labels: My Story
[INFO] Pernah kita mengambil hak orang?
Manusia memang tidak lari dari kesilapan, namun menjadi amalan antara kita manusia untuk saling ingat-mengingati antara satu-sama lain InsyaAllah...
Persoalan yang besar kita melihat kepada penyelewengan yang besar membabitkan pemalsuan & penipuan kewangan yang seringkali berlaku pada kes-kes jenayah di luar sana. Tapi cuba kita kecilkan sedikit skopnya dan lihat kepada kehidupan kita seharian..Contohnya mudah dan mungkin pernah berlaku pada kita dalam sedar atau tidak sedar:
- Bayar, dan tidak dipulangkan bakinya...
- Pinjam sesuatu lalu tidak dipulangnya...
- Guna pakai harta atau barangan orang lain tanpa kebenaran...
- Mengambil harta yang kita jumpa di tepi jalan...
Saad bin Abi Waqqash berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah saw,
Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?
Nabi saw menjawab, Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa. (HR. Al Bukhari)
[INFO] Uninstall OLD, Install NEW Version..
Yesszaa.. new version of one of the superb soccer game has been released.. Previously version of PES 2011 is improved by PESEdit.com 2011 Patch 4.1 which upgrade with world roster at September 2011. By the way, the new PES 2012 promising more real life game so fans can get as close to the real football show.
I hope this new version not fail my intense to play, as the previous version make a little bit unreal, robotic fast play soccer, make some of the PES lover turn back to FIFA2011 by EA Sports..
On the other hand, new FIFA 2012 promising realistic football simulation which more real like soccer pace movement as in the television. Which one will rule? lets find out!
[INFO] Cium anak mendapat pahala~
Suatu hari terbaca email menceritakan ganjaran pahala kepada mereka yang mencium anaknya:-
"Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya."
"Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
"Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya."
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
"Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail."
"Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Maka sama-samalah kita kongsi perkhabaran yang yang baik ini untuk ingatan bersama,
Wallahualam...
[My Story] Genap setahun sudah...
Walabagaimana pun, semoga isteri arwah cekal & tabah untuk meneruskan hidup yang satu hari nanti pasti ada penghujungnya. Al-fatihah...untuk disedekahkan kepada arwah..aminn..
Labels: My Story
[My Story] Sekitar Majlis Aqiqah si Puteri...
Terima kasih tidak terhingga kepada sanak saudara, rakan-rakan yang hadir bagi memberkati dan menyerikan lagi majlis anak dan cucu sulong keluarga kami.
Selain itu, tahniah juga kepada En.Tiger (a.k.a Suhafendi) selamat bersanding pada hari yang sama. Semoga majlis beliau meriah juga hendaknya. ~~Cheers!!
Labels: My Story
[My Story] AQIQAH Puteri kecil
Memang niat awalnya, mahu aqiqahkan anak pertama pada hari ke-7 & langsung diberikan namanya pada hari tersebut. Tapi kerana banyak halangan & masalah yang tidak dapat diduga tarikh itu kemudiannya dianjak ke tarikh yang lebih sesuai iaitu pada 3 Julai 2011...InsyaAllah..
Nama diberi 'RAISHA BATRISYIA' timbul pada hari ke-7 selepas 6 hari kelahiran sibuk ahli famili memberikan pendapat yang masing-masing perlu diambil perhatian.
HUKUM aqiqah ini ialah 'Sunnat Muakkad' yang sama dengan ibadah qurban.
DAGING AQIQAH- Ianya disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis serta adalah sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang.
SYARAT SAH aqiqah ialah berniat aqiqah ketika menyembelih & binatang yang bakal disembelih berkaki empat (kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta).
[INFO] Cara-cara memiliki rumah idaman
| Gambar di Taman Bandar Senawang |
[INFO] Hadis: Ciri-ciri Orang Munafik
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu:
- Apabila BERCAKAP dia BERBOHONG,
- Apabila membuat PERSETUJUAN dia MENGKHIANATI,
- Apabila BERJANJI dia MENYALAHI dan
- Apabila berlaku PERTIKAIAN dia MELAMPAUI BATAS.
Labels: Info
[My Story] Memiliki rumah pertama kian sukar
Bulan ni memang banyak pameran hartanah, baik di hometown aku seremban mahupun di tempat kerja aku Mid Valley. Memang telah dalam perancangan tahun ini ingin membeli 'property' yang pertama.
Melihatkan ragam pasaran property di Malaysia aku rasakan harga kian melonjak ke satu takat yang pernah difikirkan. Jika dulu perancakan harga boleh dilihat di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tapi kini di Seremban pun telah mula berlaku.
Aku, En.Hapiz & En.Am seakan-akan terperanjat apabila rumah yang dulunya boleh dianggarkan 200k++ telah menjadi 400k++, rumah yang 300k++ telah pun menjadi 600k++. Aduii... apelah nasib aku dan rakan-rakan ni hehe...
Memang aku dan En.Am ke pameran property MidValley untuk melihat sendiri harga rumah yang dahulunya difikirkan setaraf dengan pekerjaan kami, kini memang benar-benar di bawah 'par' kelayakan kami. hehehe kita beli rumah lelong je la ye En.Am
(Gambar di atas melihatkan rumah moden Taman Bandar Senawang fasa 2 di Seremban)
Labels: My Story
[My Story] Kursus Induksi Bil.3/2011
Kursus ni selame 2 minggu, nak kate sekse tak jugaklah. 1st tu sahaja agak penat mengharungi pelbagai aktivitinye. Tapi paling menyeronokkan ialah aktiviti kembara. Kumpulan yang aku sertai ni bernama Gunung Mat-chincang. Sepanjang perjalanan nak kene bawak barang amanah dan juga sebaldi air berisi nila. Pada mulanya ingatkan kembara ni xmencabar je sebab terrain nye agak rata. Tapi rupanya ratanya di awal babak jer.. selepas 1km memang mencabar kene redah sungai, masuk gua yang bersungai dan gua gelap. Keadaan muka buminya memang mencabar. Best!
Pada kumpulan aku: Tahniah dan Syabas! jangan lupa amalkan chicken dance & menari poco-poco yek! haha...
Labels: My Story
[My Story] Perlawanan PES di abad ini!
Buat julung-julung kalinya kami mule test power Proevolution Soccer 2011 yand telah dimodifikasi menggunakan PESEdit.com Patch 1.6 (Rekod Transfer sehingga 12 Febuari 2011).
Ditambah pula encik ADI Drogba yang berkobar mau menang kali ini smpai 5-6x die lawan komputer pada TOP LEVEL, memang boleh pegi die ni, menang 3x kot. hahaha... Si ADI kali ni membawa gamepad sendiri mahu mencabar Sir AM Furgeson & Wafi SUAREZ hehe..
Tapi macam biase da, ADI Drogba suke dibolosi dahulu kemudian kejar untuk mendapat keputusan SERI. huhu~ (bising die kenape esek seri je pyah beno nak menang)
Sir AM Furgeson telah mula menggunakan taktik LOB & chip jauh yang kadang2 sangat merbahaya untuk membuat serangan COUNTER (aii nak TIRU ke haha~)..
Apa-apa pun, Sesi kali ini untuk pemanas badan jer.. Mungkin nanti baru nk buat TOURNAMENT hwhwhwh BERANI ker?? ( Dengarnya Ir Achid tengah panas tu mau mencabar hahaahaha...)
Labels: My Story
[My Story] Memory upgrades from Crucial.com - Determine My Memory Needs
~~uhuh..
hari ni pemainan gila zaman universiti telah dimulakan semula.
Lawan pemainan bola; kali ini Proevolution Soccer 2011 - Updated PESEdit.com Patch 1.3.
Tak dinafikan En.AM pada mulanya nampak hebat dengan team MU nyer mengungguli kemenangan 2-0 melawan komputer ditahap TOP level ini. En. ADI pula sgt suke SERI dgn komputer ini.
Walau apa pun, tujuan utame En.ADI ni datang rumah aku untuk melihat sendiri komputer yang aku mau jual kepadanya (komputer zaman universiti dulu-mmg buat maen game + assignment shj). Begitu pun spesifikasi nya adalah antara yang terbagus pernah aku ciptakan untuk komputer desktop klon (pada masa tu la tahun 2004):
Processor: Intel(R) Pentium(R) D CPU 2.66GHz
Motherboard: Intel D102GGC2 Motherboard
RAM: 1GB DDR PC2-5200 (512Mb x 2)
HardDisk: Western Digital 80GB S-ATA Hard Disk Drive
Video: NVIDIA GeForce 8500 GT
Operating System: Windows 7 Ultimate 32-bit (6.1, Build 7600)
Rom: LG Super Multi DVD ReWriter Dual Layer & 52xCDRom
Casing: ATX Tower Casing w/ PSU
Lain-lain: Logitech Desktop Keyboard + Mouse
Monitor memang dijual berasingan, LCD 19 inci atau CRT 17 inci yang kedua-duanya jenis ACER uhuh~~
Buat en.ADI d ibawah ialah link untuk anda menentukan samada untuk menambah/upgrade RAM sediada.
TQ
Memory upgrades from Crucial.com - Determine My Memory Needs
[APSS] Download K-Lite Codec Pack 6.70 (Full) - FileHippo.com
Essential alternative codec pack, click below to download page...
Download K-Lite Codec Pack 6.70 (Full) - FileHippo.com
[APSS] Download Adobe Reader 10.0 - FileHippo.com
One of must have application, click below to download page...
Download Adobe Reader 10.0 - FileHippo.com
[My Story]Satu lagi projek Kerajaan Malaysia!
Lame rasenya dah tak menulis, kali ni aku & pasukan anggota pereka sivil digerakkan ke 1 lagi tapak projek baru yang bakal didirikan. Kali ni JKR ingin membuat Klinik Kesihatan jenis 2 yang bertingkat. Haha xtau la jadi ke tak tu.. tapi apapun tapak ni nampak bagus untuk dibuat klinik walaupun sempit (biasala tu). Apa pun pada geng pereka gud luck! siapkan kerje anda tepat pada masenye haha...
Click my Nuffnang!
English Premier League Injury Table
PhysioRoom.com, first aid kit, first aid kits & coccyx cushion suppliers.

