Nowadays?

Sharing stories, works, ideas, & news

New in this Blog:

[INFO] Pernah kita mengambil hak orang?

Manusia memang tidak lari dari kesilapan, namun menjadi amalan antara kita manusia untuk saling ingat-mengingati antara satu-sama lain InsyaAllah...


“Barangsiapa yg mengambil hak orang lain walaupun hanya sejengkal tanah, maka akan dikalungkan di lehernya (pada hari Kiamat nanti) seberat 7 lapis bumi.” (HR. Al Bukhari)

Persoalan yang besar kita melihat kepada penyelewengan yang besar membabitkan pemalsuan & penipuan kewangan yang seringkali berlaku pada kes-kes jenayah di luar sana. Tapi cuba kita kecilkan sedikit skopnya dan lihat kepada kehidupan kita seharian..Contohnya mudah dan mungkin pernah berlaku pada kita dalam sedar atau tidak sedar:
  • Bayar, dan tidak dipulangkan bakinya...
  • Pinjam sesuatu lalu tidak dipulangnya...
  • Guna pakai harta atau barangan orang lain tanpa kebenaran...
  • Mengambil harta yang kita jumpa di tepi jalan...
Walaubagaimana pun, manusia tidak lari dari kesilapan. Bila sedar segeralah kita bertaubat atau sekiranya melibatkan orang lain segeralah kita memohon maaf kepadanya, pulangkan milik mereka yang bukan hak kita.

Saad bin Abi Waqqash berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah saw,
Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?
Nabi saw menjawab, Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa. (HR. Al Bukhari)

0 comments:

Click my Nuffnang!

English Premier League Injury Table

Related Posts with Thumbnails

Contributors

Followers

Click dude..!

Chat with me!

ShoutMix chat widget

My Blog List

Others

Hits Since April 8, 2009! Free Hit Counter by Pliner.Net