Nowadays?

Sharing stories, works, ideas, & news

New in this Blog:

[My Story]Satu lagi projek Kerajaan Malaysia!

Lame rasenya dah tak menulis, kali ni aku & pasukan anggota pereka sivil digerakkan ke 1 lagi tapak projek baru yang bakal didirikan. Kali ni JKR ingin membuat Klinik Kesihatan jenis 2 yang bertingkat. Haha xtau la jadi ke tak tu.. tapi apapun tapak ni nampak bagus untuk dibuat klinik walaupun sempit (biasala tu). Apa pun pada geng pereka gud luck! siapkan kerje anda tepat pada masenye haha...

[APPS} Download Picasa 3.8 Build 115.45 - FileHippo.com

Aplikasi kali ini ialah satu pemain gambar, video dan jula lain-lain multimedia yang lain.
Program ini mudah digunakan dengan interference dan main menu cepat dicapai (loading).

Kelebihan kepada aplikasi ini ialah memboleh user terus berhubung dengan library gambar kita di google.
Yang menariknya, user boleh membuat tagging data lokasi serta muka (face detection) yang akan berhubung terus juga dengan contact dalam gmail atau google account.

Selamat Mencuba !!!

Download Picasa 3.8 Build 115.45 - FileHippo.com

[APPS] Download VLC Media Player 1.1.3 - FileHippo.com

Satu pemain video yang bagus & sering digunakan.
Kelebihan kepada pemain video pelbagai ini adalah membolehkan user menaikkan suara sehingga 200%!
Main menu dan interference juga simple & mengurangkan lagging yang sering terjadi apabila komputer memainkan begitu banyak aplikasi.

Selamat mencuba!

Download VLC Media Player 1.1.3 - FileHippo.com

Who’s The Fastest Of Them All?

Who’s The Fastest Of Them All?

[My Story] Menanti Hari?

Tinggal beberapa hari lagi... rasa masa mcm terlalu laju untuk habiskan sisa-sisa bujang.

Macam mana pun World Cup 2010 nanti aku sudah bergelar si suami macam kawan-kawan yang lain (fakar, pzam, hapiz, ejja, epuik dll.). Yang pasti, cabaran selepas kahwin nanti lagi pasti lebih mencabar? Persediaan daripada tahun lepas lagi seperti baru semalam ia berlalu untuk menanti saat yang paling penting dalam hidup bulan Jun 2010. Aku harap segalanya berjalan lancar walau pun, perancangan dan perjadualan yang aku buat bersama bakal isteri dari hujung tahun 2009 sedikit lari 'buget'nya.. hahaha...

Jemputan kad kahwin sedang dalam edaran, memang kebiasaan saban tahun bulan Jun adalah antara bulan yang ramai orang melangsungkan perkahwinan. Oleh itu, kedatangan memang sukar dijangka (mungkin ramai atau mungkin kurang). hehe... Majlis nanti telah dirancang sebaik yang mungkin bagi buat pertama kalinya majlis perkahwinan diadakan dalam keluarga aku.. hahaha

Yang pasti semua persiapan hampir siap cuma tinggal aku sahaja yang perlu 'bersiap' menerima semua perubahan cara hidup yang akan terjadi selepas ini. Aku harapkan keluarga merestui perkahwinan ini dengan keikhlasan dan mendoakan kebahagiaan di dunia & akhirat kelak. InsyaAllah...

[INFO] Sindrom _ _ Tahan?

Apa itu AIDS?

AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV telah merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

Bagaimana anda dijangkiti HIV?

Anda boleh dijangkiti HIV jika anda terdedah/tersentuh dengan bendalir badan individu yang HIV positif.
Bendalir badan yang boleh menyebarkan virus ini adalah :
  • Darah
  • Cecair faraj
  • Air mani
  • Susu ibu
Bendalir yang dijangkiti ini boleh meresap ke tubuh badan seseorang semasa :
  • Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
  • Berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif ( contohnya: bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau pengambilan dadah secara suntikan)
  • Terdedah kepada darah seseorang yang HIV positif
  • Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu

Anda TIDAK akan mendapat HIV melalui :
  • Bersalam
  • Berpeluk
  • Bersin ataupun batuk
  • Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga
  • Berenang
  • Berkongsi perkakas untuk makan

Siapa yang berisiko untuk untuk mendapat HIV?

Jika anda :
  • Mempunyai ramai pasangan seksual
  • Penagih dadah secara suntikan
  • Pelacur
  • Homoseksual
  • Kakitangan perubatan

Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan?

HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (Sel CD4).

Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh

HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.

Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma.

AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.


Bagaimana anda mengetahui yang anda HIV positif?

Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak timbul untuk beberapa tahun dan anda mungkin tidak mengetahui yang anda telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun anda masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini.

Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu
Apabila Sistem Pertahanan Tubuh dilumpuhkan oleh Penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk :
  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat


Bagaimana anda mencegah HIV?

Pada masa ini tiada vaksin yang berkesan.
Walau bagaimanapun jangkitan HIV dapat dicegah melalui :
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan HIV, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
  • Menggunakan jarum yang bersih dan basmikuman.
Jika anda juga mengidap jangkitan seksual (STIs) pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Bagaimana jangkitan HIV dikesan?

Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari.

Keputusan anda adalah sulit. Anda juga boleh mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut mengenai jangkitan HIV dan pencegahannya.

Bolehkah ia dirawat?

Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat dipulih sepenuhnya.

Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan yang meningkatkan pertahanan tubuh badan digunakan untuk mengawal jangkitan, bagi terus hidup sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.

Source: http://www.myhealth.gov.my

[APPS] Winrar 3.93 full Pro Activated

WinRAR sape xknal ye x?...rase aku prog ni antara utiliti 'compression' terbaik yang selalu digunakan oleh semua pengguna komputer masa kini, selain aplikasi-aplikasi lain yang bertujuan yang sama (compression) seperti 7zip, WinZip & WinUHA. WinRAR memang wajib ada dalam setiap komputer. hehehe

WinRAR is a powerful archive manager. It can backup your data and reduce the size of email attachments, decompress RAR, ZIP and other files downloaded from Internet and create new archives in RAR and ZIP file format.

Just download it and install it! No activation Needed!



Code: Select All | Check this link
http://rapidshare.com/files/366234242/WinRAR-3.93.PRO-Final.Activated_labellefemmes.org.zip



http://hotfile.com/dl/33863505/c65e7c5/WinRAR-3.93.PRO-Final.Activated_labellefemmes.org.zip.html


Source: http://katz.cd download/5380593/App/WinRAR-3-93/

[LIVERPOOL] Jorge Jesus: Liverpool Scoreline Harsh On Benfica - Goal.com

Jorge Jesus: Liverpool Scoreline Harsh On Benfica - Goal.com

[My Story] Perancangan tahun 2010?

Mmm. tahun berganti tahun umor dah lanjut rase perancangan tahun ini harus lebih teliti & memiliki pandangan masa depan yang lebih baik... Rasanya checklist paling top ialah...

1) perancangan perkahwinan
2) perancangan tambahan pelaburan
3) perancangan mendapat status professional engr (Ir.)?
3) perancangan membeli kereta idaman?
4) perancangan membeli rumah idaman?

Hehehehe..susah betul nak mencapai semua apa yang kita inginkan .Tapi apa pun yang dikejarkan haruslah mempunyai iltizam & semangat juang yang tinggi! Insyaallah... bagaimana pula yang lain? hahahha....

Click my Nuffnang!

English Premier League Injury Table

Related Posts with Thumbnails

Contributors

Followers

Click dude..!

Chat with me!

ShoutMix chat widget

My Blog List

Others

Hits Since April 8, 2009! Free Hit Counter by Pliner.Net